Total Pageviews

Friday 30 September 2016

BAHAYA TIDUR BERDENGKUR ???




Adakah anda sering mengalami dengkuran ketika tidur pada waktu malam? keadaan tersebut menyebabkan waktu tidur terganggu akibat selalu terjaga secara mengejut dan kadang-kadang mengalami sesak nafas.

Situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malahan ahli keluarga terdekat juga turut terganggu dengan bunyi dengkuran tersebut kerana bunyinya yang kuat dan adakalanya membingitkan telinga yang mendengar.

Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya.

Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat

Bagaimanapun, masalah tidur berdengkur tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika berlarutan, ia petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.



Dengkuran yang berbahaya ialah jenis kuat (kadangkala boleh didengari daripada luar bilik)  disertai pernafasan yang terhenti selama beberapa saat menyebabkan paras oksigen dalam darah menurun.

Dengkuran seperti ini menyebabkan tidur yang tak puas dan menganggu prestasi belajar/ kerja pada siang harinya. Pesakit boleh tertidur sewaktu bercakap di telefon, sedang menghadap komputer dan lebih teruk, tertidur sewaktu sedang memandu kenderaan atau sedang mengendalikan mesin berat.

Ini adalah masalah yang disebut sebagai OSA (Obstructive Sleep Apnoea) iaitu pesakit berhenti bernafas sewaktu tidur akibat laluan pernafasan yang tersekat.


PUNCA PENYEBAB TIDUR BERDENGKUR

1. Alahan 
2. Tulang hidung yang bengkok 
3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak 
4. Obes 
5. Alkohol 
6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur 
7. Kedudukan tidur yang terlentang 
8. Tonsil yang bengkak

KESAN TIDUR BERDENGKUR 

Individu tidur berdengkur boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan Paling membahayakan sekiranya mereka senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik

Kebiasaannya, mereka yang mengalami gangguan tidur berdengkur ini juga adalah dalam kalangan pekerja yang bekerja secara shif, gemar menonton television sehingga lewat malam, kesan pengambilan dan ketagihan ubat-ubatan.

KEISTIMEWAAN TASLY DANSHEN PLUS BUKAN HANYA MENCUCI SALUR DARAH   SAHAJA NAMUN TASLY DANSHEN PLUS JUGA BLH MERAWAT MASALAH TIDUR BERDENGKUR ANDA.


TERBUKTI BERKESAN !!!

RAWATLAH MASALAH TIDUR BERDENGKUR ANDA SEBELUM MENJADI LEBIH PARAH!!!!

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA











No comments: