Total Pageviews

KEJAYAAN SYARIKAT TASLY GROUP



Tasly telah dibangunkan pada 10 Mei 1994, Diatas kawasan seluas 175,000 meter persegi di Beichen Hi-Tech Park, Tianjin, China. Kumpulan Tasly telah memperkenalkan Kapsul Danshen Plus di negara-negara Asia Tenggara dengan penuh yakin.
Tasly menumpukan pengajian dalam permodenan perubatan tradisional herba Cina dan berusaha memperkenalkan ke seluruh dunia tentang kebudayaan perubatan herba tradisional Cina yang mendalam serta merupakan sari kebudayaan Cina yang bersejarah semenjak 5000 tahun lagi. Tasly berpegang teguh kepada falsafahnya, iaitu “Mengharmonikan Manusia Dengan Alam, Meningkatkan Kualiti Kehidupan”. Tasly menegaskan sains dan teknologi industri, panduan penjualan, pengurusan bersistem, serta menumpu pada pengesyoran produk yang bermutu tinggi: Kesimpulan Tasly memegang kepada objektif “Mencipta Kesihatan, Menjayakan Masa Depan”. Sejak mula lagi, sistem teknologi kesihatan yang sempurna telah ditubuhkan, perkembangan perubatan herba Cina telah menjadi teras dan semangat kumpulan kami. Semenjak hari pertama penubuhan hingga kini. Tasly telah melatih sekumpulan ahli penyelidik saintifik profesional, memajukan jenama Tasly yang berdikari, membuat innovasi dalam permodenan pengurusan perniagaan dan penyatuan pengurusan produk. Budaya inovasi dan berprinsip telah memimpin Tasly kearah perkembangan yang jitu. TASLY Group telah menubuhkan 8 cawangan profesional, 4 cawangan luar negara dan 191 pejabat di serata 40 negeri di China. Produk-produk Tasly  telah dijual ke 40 negara antaranya ialah Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Australia dan Asia. Dengan pencapaian lebih 90% peningkatan dalam jualan tahunan, aset TASLY Group telah menunjukkan nilai peningkatan sebanyak 500 kali ganda. 9 hb Disember 1997, Danshen Plus Capsule, produk terulung kami telah berjaya melepasi tahap piawaian dan standard U.S FDA ind. Pusat kajian perubatan Tasly telah ditubuhkan pada tahun 2000 dengan kelulusan kementerian kerajaan China dan Persatuan Doktor-doktor di China. TASLY Group telah berjaya memenangi anugerah Syarikat Enterprise contoh untuk pembangunan Industri Perubatan China. Tembok mural perubatan China, yang diperbuat daripada batu granit yang diukir di kawasan perkilangan TASLY Group telah dicatatkan pada Guinness Of World records. 23hb Ogos 2002 , TASLY Phamaseutikal Co. Ltd. telah berjaya memasuki senarai dalam Bursa Saham Shanghai dan kami berjaya memperolehi 50,000.000 saham kelas a dengan jayanya. Jabatan Perubatan dari Universiti Peking telah bekerjasama dengan TASLY Group untuk menubuhkan ‘Peking-Tasly Microcirculation Research Center” pada tahun 2002.


TASLY Pharmaseutikal Co.Ltd. telah berjaya memperolehi sijil GMP dari TGA (Therapeutic Goods Administration) Australia yang membuktikan bahawa Tasly Pharmaseutikal Co. Ltd. telah berjaya mendapat nama di negara-negara maju. Pada tahun 2003, Tasly Group telah dinilai sebagai ‘THE MOST VALUABLE INVESTMENT ENTERPRISES’. Pada tahun 2004, Tasly telah menubuhkan ladang tasly danshen plus pertama di shangluo, Daerah Shanxi, dan merupakan syarikat yang pertama memperolehi sijil GAP di China. Tasly Phamaseutikal Co. Ltd. telah menubuhkan sistem pengurusan yang moden, berskala besar dan saintifik selari dengan kehendak ISO9001:2000 dan status GMP untuk produksi pengeluaran. Pada tahun 2005, Tasly Group telah diiktiraf sebagai ‘ CHINA TOP 500′ dan ‘THE MOST ADVANCED MANUFACTURING PLATFORM’. Pada Oktober 2005, Tasly telah diiktiraf sebagai ‘ FAMOUS CHINESE TRADEMARK’. Pada tahun 2005, kami diiktiraf sebagai ‘TOP TEN BEST DIVIDENDS LISTED COMPANIE.


                                                             TASLY MALAYSIA



TASLY (MALAYSIA) SDN BHD

Tasly (Malaysia) Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada Mac 2004 dengan modal sebanyak RM5 juta adalah milik sepenuh TASLY Group. Sasaran pemasaran Tasly bukanlah hanya di Malaysia, tetapi di serata negara yang lain.

TASLY MEMPRAKTIKAN AMALAN 6G

1) GAP – Good Agriculture Practice – Amalan Penanaman yang Baik

2) GEP – Good Extraction Practice – Amalan Pengekstrakan yang Baik

3) GMP – Good Manufacturing Practice – Amalan Pengilangan yang Baik

4) GCP – Good Clinical Practice – Amalan Klinikal yang Baik

5) GLP – Good Laboratory Practice – Amalan Makmal yang Baik

6) GSP – Good Supply Practice – Amalan Pembekalan yang Baik


PRODUK TASLY DANSHEN PLUS TELAH MEMENUHI PELBAGAI PIAWAIAN KUALITI ANTARABANGSA

Merupakan sebuah syarikat farmeseutikal yang terkenal dengan “Perubatan Tradisional Cina Moden” dan disahkan HALAL. Tasly turut terlibat di dalam pengeluaran, penyelidikan serta pemasaran berbagai produk kesihatan berasaskan herba moden dengan lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia antaranya ialah Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Australia dan Asia. Tasly mempraktikkan amalan 6G (GLP, GCP, GAP, GEP, GMP dan GSP) serta telah mencapai tahap piawaian dan standard U.S FDA Ind. Misi utama Tasly adalah untuk menciptakan hubungan manusia yang harmoni serta meningkatkan kualiti hidup setiap manusia dengan matlamat utama, ‘Membina Kesihatan Membawa Kejayaan’.





No comments: