Total Pageviews

Sunday 25 December 2016

RISIKO DAN KOS PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG (BYPASS)



TAHUKAH ANDA APAKAH RISIKO DAN BERAPAKAH KOS RAWATAN PEMBEDAHAN PINTASAN JANTUNG?

Jika anda mempunyai masalah jantung, anda mungkin diberi rawatan di Hospital seperti berikut:

1- Rawatan Perubatan Perencat ACE: adalah sejenis rawatan perubatan biasa merawat tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung. Kira-kira 1 dari 5 orang yang ambil ubat ini mendapat batuk kering. Bagi sesetengah orang, gangguan batuk  boleh berlaku selama berminggu-minggu selepas mereka menghentikan pengambilan ubat; wanita, orang Afrika Amerika , dan orang Asia lebih risiko untuk mendapat batuk kerana ubat perencat ACE berbanding bangsa lain.

2.   Pembedahan Angioplasti & stening – Angioplasti koronari adalah prosedur di mana seksyen yang mennyempit di dalam arteri  jantung (koronari) diperluas / dikembangkan dengan menggunakan belon dan stent yang dilekat pada keteter (catheter) bagi membolehkan darah mengalir lancar ke bahagian salur darah yang tersumbat.

Kesan sampingan daripada prosedur ini ialah ia akan menjadikan dinding arteri berdarah atau lemah dan menyebabkan bahagian arteri yang lain mungkin tersumbat.

Bergantung kepada kes bagi setiap pesakit kos rawatan adalah di antara RM9,000 - RM 25,000.

3.   Pembedahah Jantung

Pembedahan jantung perlu dilakukan untuk melakukan pintasan (bypass). Pintasan diperlukan bagi pesakit yang mengidap penyakit jantung koronari (Coronary Heart Disease - CHD). CHD berlaku apabila saluran darah yang membekalkan darah dan oksigen untuk jantung menjadi sempit dan keras. Ini seringkali dipanggil "pengerasan arteri."

Pengerasan berlaku apabila bahan lemak membentuk plak pada dinding arteri koronari. Plak ini menyempitkan arteri, menjadikannya sukar bagi darah yang membawa oksigen untuk mengalir. Apabila darah tidak dapat mengalir dengan sempurna ke jantung, serangan jantung mungkin berlaku.

Pembedahan jantung juga dilakukan untuk:
• membaiki atau menggantikan injap jantung bagi membenarkan darah mengalir melalui jantung
• membaiki kawasan yang rosak atau tidak normal di dalam hati,
• memasukkan peranti perubatan ke dalam jantung bagi membantu jantung berdegup dengan betul
• menggantikan jantung yang rosak dengan hati yang didermakan (pemindahan jantung)

Risiko untuk bypass termasuk:
• jangkitan luka dada (lebih biasa di kalangan pesakit obesiti atau diabetes, atau orang-orang yang         pernah membuat bypass sebelum ini)
• serangan jantung atau strok
• degupan jantung yang tidak teratur
• kegagaln paru-paru atau buah pinggang
• sakit dada dan demam
• kehilangan ingatan atau "kekaburan"
• darah beku
• kehilangan darah
• kesukaran bernafas

Menurut Universiti of Chicago Medicine (UCM), mesin pintasan jantung-paru-paru dikaitkan dengan peningkatan risiko. Risiko-risiko ini termasuk strok dan masalah daya ingatan.

Bergantung kepada kes bagi setiap pesakit kos rawatan adalah di antara RM25,000 - RM50,000 mencecah ratusan ribu sekiranya melibatkan kes pemindahan jantung (transplant).

Soalnya mampu kah kita?

Bagi mereka yang mempunyai insuran Alhamdulillah kalau premium yang dibayar termasuk perlindungan rawatan penyakit berkenaan. Bagi mereka yang tiada perlindungan insuran apa pula pilihan yang anda ada??

Sekiranya anda mampu atau dilindungi insuran pun, bukankah lebih baik kita laburkan sedikit untuk kesihatan jantung kita sebagai langkah mencegah daripada kita sengsara apabila kita dirawat setelah mendapat serangan jantung. Atas kehendak Allah swt kematian atau bagi mereka yang selamat, kesan sampingan adalah risiko yang mungkin ditanggung oleh anda dan keluarga anda. Namun sebagai makhlukNya kita digalakkan berikhtiar untuk menghindari perkara-perkara yang memudaratkan.

Maka sayangilah diri anda dan keluarga anda. Belanja atau labur lah sedikit demi kebaikan kesihatan anda dan sekeluarga. Kalau kita boleh labur beribu-ribu ringgit dalam saham, ASB, ASN dan sebagainya mengapa tidak kita laburkan sedikit untuk kesejahteran kesihatan dan afiat diri dan keluarga kita.

Fikir-fikirkanlah…….

Takut Bypass, 
Takut Angiogram???
Tidak mustahil merawat dengan Danshen Plus.






No comments: